Resepsi Lynda di Dewan Komuniti Taman Perpaduan Ipoh Perak bertemakan Klasik Kontemporari dimana jika kita perhatikan pada tatarias pelamin itu sendiri menampakkan kemewahan warna extravaganza dimana Gold adalah warna utama dan digauli dengan warna senada iaitu Merah dan Hitam.Setiap tiang separa bulan mempunyai ketinggian dalam 15 kaki yang mana amat bersesuaian dengan set kerusi pada kali ini.Putih melambangkan kesucian dan jika diperhatikan pada busana kali ini yang ditonjolkan oleh Butik Pengantin Nasha adalah merah hitam.Menggunakan fabrik French Lace dan Satin dan Sifon dan diperindahkan lagi dengan manik dan kerlipan batu permata swaroski.Penggunaan bunga segar memberi jiwa pada Pelamin dan dekorasi di dewan dimana penggunaan Bunga segar seperti Roses Merah,Jasmine,Kekwa ,Daisy dsb.
Terima kasih kepada Seni Saji Catering pada malam itu yang menyajikan menu sedap sedap belaka dan kerjasama daripada pihak catering akan kami gunakan lagi untuk majlis perkahwinan seterusnya.
Kepada Team2 Wedding Planner Butik Pengantin Nasha yang terlibat dan akhir sekali ribuan terima kasih kepada seluruh pihak keluarga Lynda...
No comments:
Post a Comment